Kentucky
Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky,
Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands.Diasaskan oleh Kolonel Harland
Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam
campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak
dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim
Berhad. Logo KFC lama Logo KFC baru Kilang Ayamas di Bandar Tenggara, Kota
Tinggi. KFC Malaysia mengakhiri 2001 dengan kejayaan cemerlang apabila
memenangi tiga anugerah pada Persidangan Pemasaran Francais Asia anjuran Tricon
Restaurants International yang diadakan di Bangkok, baru-baru ini.
Gambar
menunjukkan salah satu set makanan. KFC Malaysia memenangi anugerah Best New
Product Launch 2001 bagi Wakiki Burger yang dilancarkan pada Julai lalu,
anugerah Best Consumer Insights Mining 2001 dan anugerah Best Kids Program
2001, masing-masing pada peringkat Asia. Ketiga-tiga anugerah yang dimenangi
itu, mendapat persaingan hebat dari Brunei Darussalam, China, Hong Kong, India,
Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Wakiki
Burger sangat popular bagi penggemar burger ialah filet ayam perap, pedas serta
bersari yang disalut dengan serbuk roti dan digoreng sehingga rangup berwarna
kuning keemasan. Filet ayam diletakkan antara dua ban bijan suam serta
dilapiskan dengan daun salad segar serta rangup.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan, KFC Holdings (Malaysia) Bhd, SK Wong, berkata
syarikat membelanjakan lebih daripada RM4 juta bagi kempen iklan dan promosi
bersepadu sepenuhnya untuk pelancarannya yang mencatatkan kejayaan
cemerlang.“Antaranya ialah iklan di televisyen, radio, akhbar dan luar premis
termasuk bas dan tren, bahan lengkap untuk mata jualan dan pakaian seragam baru
untuk kakitangan,” kata Wong.Beliau berkata, KFC Malaysia turut mengemukakan
cabaran kepada pelanggan dalam bentuk jaminan kepuasan produk atau wang yang
dikembalikan dengan setiap jualan.Anugerah Best Consumer Insight Mining 2001
adalah untuk perintisan KFC Malaysia dalam perisian komputer ESPRI bagi
mendapatkan data penyelidikan Brand Image Tracking dan Consumer Experience Monitor
untuk mengumpul pandangan bernilai terhadap sikap dan tingkah laku pengguna.
Anugerah Best Kids Program 2001 pula adalah untuk kegiatan pemasaran bagi
kanak-kanak yang sudah diiktiraf sebagai ‘terbaik dalam kategorinya’ pada
peringkat Asia sejak 1994. KFC Malaysia melaksanakan pelbagai program yang
menyeronokkan untuk kanak-kanak, termasuk maskot Chicky, KFC Kids’ Fun Club,
ruang permainan di dalam restoran, Chicky Meal dan parti hari jadi.Selain itu,
KFC menaja Hari Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa pada setiap tahun, yang kini
menjadi agenda utama dalam kalendar kegiatan Hari Kanak-Kanak Peringkat
Malaysia.KFC Malaysia pernah memenangi anugerah Franchisee of the Year dan
anugerah Development Excellence pada 1998, anugerah Operations Excellence dan
anugerah Human Resourse Excellence pada 1998 dan 1999, anugerah Finance
Excellence pada 1999 dan anugerah Overall Marketing Excellence bagi Asia
Pasifik 2000.
0 comments