Open top menu
Friday, December 27, 2013



Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad,adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia

Semenjak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di dalam 31 negara. Sehingga akhir bulan Mac 2005, Kumpullan Petronas mengandungi 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari, 19 syarikat kelengkapan-kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dipunyai separuhnya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama ini, membuatkan Kumpulan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada " "seven sisters" yang baru" syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.

Kumpulan ini tertumpu kepada satu spektrum aktiviti petroleum yang luas, termasuklah eksplorasi huluan dan penghasilan minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak; pemasaran dan pengagihan produk petroleum; perdagangan; pemprosesan gas dan pencecairan; operasi rangkaian penghantaran gas talian paip ; pemasaran gas cecair semulajadi; pengilangan dan pemasaran petrokimia; perkapalan; kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.

Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42, Ogos 31, 1998 - dalam perayaan hari ulang tahun syarikat ke-24.

 
Tagged
Different Themes
Written by Templateify

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

0 comments